Thursday, July 7, 2016

Memertabatkan Profesion Keguruan Melalui Pendekatan Berdasarkan Data.

Adakah perlakuan seseorang itu boleh dijangka perbuatan atau perubahannya? Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa tingkah laku seseorang itu boleh dijangka. Berdasarkan kajian sekumpulan penyelidik daripada Universiti Northeastern yang diketuai oleh Professor of Physics Albert-László Barabási mendapati persepsi umum yang mengatakan tingkah laku seseorang itu adalah rawak adalah kurang tepat. 

Kajian beliau terhadap pengguna telefon bimbit mendapati tingkah laku manusia bukanlah berlaku secara rawak akan tetapi mempunyai pola atau corak perlakuan. Terdapat juga beberapa kajian yang mendapati perlakuan  seseorang itu boleh ditafsir sebanyak 93%.

Ini bermaksud, pendekatan yang sama boleh diaplikasikan untuk murid-murid di sekolah. Dengan mengenal-pasti ruang tambah baik, guru-guru boleh merancang PdP atau intervensi yang berfokus kepada para murid. 

Perancangan atau intervensi yang berkesan bergantung dengan dapatan data semasa seseorang murid. Amalan 'one module fits all' adalah sangat tidak adil kepada pemegang taruh terbesar sistem pendidikan kita, iaitu murid sekolah. 

Pekembangan perisian masa kini yang selaras dengan perederan masa banyak membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Berkonsepkan jimat masa sesaat masa cikgu, CPR direka untuk mempermudahkan proses penguraian jawaban murid berdasarkan pentaksiran semasa. 

Rekaan CPR membolehkan template ini diguna-pakai oleh sekolah rendah dan sekolah menengah. Disamping itu, keunikan template ini ialah keboleh-gunaannya menganalisis semua subjek yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep 'borderless' atau tanpa sempadan membolehkan template ini digunakan samada kertas 1 (objektif) atau kertas 2 (struktur dan esei). 

Mengambil kira dengan perkembangan dasar semasa KPM, template ini diselaraskan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Berbanding dengan template terdahulu, tahap penguasaan (TP) murid boleh dimasuk dan dianalisisi di dalam CPR.

Adalah diakui bahawa pendekatan berdasarkan data merupakan satu proses yang mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi amalan analisis item secara manual. CPR cuba untuk memberi pembugarkan kepada pendekatan berdasarkan data. Adalah diharapakan, CPR dapat membantu dan memudahkan para guru dalam membudayakan pendekatan berasakan data untuk kebaikan anak bangsa kita sendiri.