CPR, Satu template untuk Semua!

CPR - membantu intervensi berdasarkan analsis item


Dalam mengenal-pasti kekuatan dan kelemahan pelajar, kaedah yang terbaik dengan menggunakan analisis item. Penggunaan analisis item merupakan instrumen yang membolehkan tiga perkara dikenal-pasti. Seperti mana amalan sedia ada, analysis item digunakan untuk menganalisis kertas soalan dan mengenal-pasti di mana kelemahan pelajar. Selain daripada itu, analisis item juga boleh digunakan sebagai bahan refleksi seseorang guru.

Berbeza dengan item analisis konvensional yang menganalisis indek kesukaran atau diskriminasi, CPR lebih kepada mengenal-pasti kelemahan murid dengan menganalisis kertas jawaban murid. CPR tidak memberi fokus kepada indek kesukaran atau diskriminasi kerana, apa yang menjadi kebiasaan bagi seorang guru apabila selesai satu-satu ujian atau peperiksaan ialah mengetahui aras soalan manakah murid masih tidak kuasai.

Berlainan dengan template analisis item sebelum ini, CPR boleh digunakan di semua peringkat, samada rendah ataupun menengah. Ini juga bermaksud, satu sekolah menggunakan satu template yang sama bagi semua subjek yang diajar di satu-satu sekolah.


Dalam memperluaskan kemampuan CPR untuk diguna-pakai oleh semua pihak, ianya boleh digunakan untuk menganalisis kertas soalan yang berbentuk objektif atau subjektif. Tidak cukup dengan itu, template CPR boleh menganalisis proses jalan kerja untuk semua subjek.

Tugas guru dalam merancang dan melaksanakan PAK21 bukanlah satu proses yang mudah. Ditambah dengan tugas-tugas perkeranian yang lain, sudah tentu akan mengambil sedikit masa guru dalam melaksakana intervensi yang sesuai untuk muridnya. Bagi guru-guru yang berpengalaman dalam membuat analisis item, mereka sangat tahu betapa masa yang diperlukan untuk mengenal-pasti murid dan soalan yang memerlukan intervensi adalah sangat panjang. Di sini CPR dapat memainkan peranan memudahkan proses yang disebutkan di atas.

Apabila CPR dibangunkan, perkara pertama yang dipertimbangkan ialah, Jimat Sesaat Masa Guru. Konsep ini cuba diterapkan di setiap sheet yang ada pada CPR. Sebagai contoh, proses kenal-pasti murid dan soalan yang kritikal boleh diperolehi dengan proses yang cukup mudah. Iaitu dengan menekan butang dropdown yang ada pada sheet yang telah ditetapkan kriteria kritikalnya.

No comments:

Post a Comment