Mi10%

Dalam kita merancang kemenjadian murid, kita tidak lari daripada peningkatan prestasi sesebuah organisasi. Peningkatan akademik memberi bayangan awal keberkesanan pihak sekolah dalam merancang program dan intervensi berfokus kepada murid. 

Apabila kita bercakap tentang sasaran atau KPI, kita akan merujuk kepada data sedia ada atau TOV. Data atau nombor-nombor ini dibincang dan dianalisis oleh segenap pihak seterunya diterjemahkan ke dalam bentuk PSO. Bagi mencapai nombor yang bermakna, Mi10% direka untuk membantu pihak sekolah dalam pengujuran perolehan gred purata sekolah (GPS) dan gred purata mata pelajaran.


Pengenalan Mi10%
Dalam memberi nafas baharu dalam pendekatan berasaskan data, Mi10% atau Minimum Intervensi 10%  memberikan enam nombor unjuran, tiga dalam bentuk unjuran positif dan tiga unjuran negative. Setiap unjuran ini disertai dengan pecahan kelompok gred yang seterusnya menyumbang kepada gred purata sekolah atau mata pelajaran. 

Rajah I

Minimum Intervensi 10%
Salah satu pendekatan mudah dalam mencapai KPI minimum ialah dengan pengenalan kepada Mi10% (minimum intervensi 10 peratus). Kaedah ini memberi fokus utama pengurangan 10% daripada kelompok gred yang terakhir (G). Cara ini terbukti memberikan peningkatan minimum dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah. Secara kasarnya, apabila kaedah ini diguna pakai, maka pengurangan yang tertumpu dalam fokus gred utama ini akan memberikan peningkatan sebanyak 0.01%. 

Melalui langkah pertama tersebut, pihak yang berkepentingan boleh mengembangkan kefungsian ini kepada beberapa pendekatan atau unjuran yang lebih baik. Sebagai contoh, Mi10% yang asalnya hanya memfokuskan kepada kelompok gred G, boleh digunakan untuk kelompok gred yang lain dengan formula yang asal.

Rajah II

Rajah II menunjukkan perbandingan kelompok gred di antara keputusan sebenar SPM dan jumlah pelajar semasa. Ini memberi gambaran awal perbezaan kelompok gred berdasarkan TOV dan pelajar tahun semasa. 

Rajah III

Dalam usaha kita memotivasikan para guru dengan kaedah pendekatan mudah Mi10%, kita dapat melihat dalam rajah III bagaimana peningkatan sebanyak 0.01 tercapai dengan mudah dengan mengurangkan sejumlah 10% daripada kelompok gred G kepada E. 

Rajah III

Apabila kaedah ini dipraktikan ke gred yang lain (rajah III), maka peningkatan sebanyak 0.10 akan berlaku ke atas gred purata keseluruhan.





No comments:

Post a Comment